Akibat dendam yang membara dan mengesyaki kematian arwah nenek dan ibunya akibat disantau, seorang lelaki sanggup membunuh warga emas yang merupakan jiran sebelah rumahnya.
BACA : Ibu Tikam Bayinya Umur 3 Bulan Selepas Terdengar ‘Bisikan Syaitan’
Menurut laporan Tribunnews, Arifin Bin Mat Rasuk berusia 27 tahun didakwa membunuh Tora’i yang berusia 55 tahun pada 29 November 2019 lepas semasa dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
Sebelum membunuh, dia telah berjumpa dengan dukun dahulu untuk melakukan satu ritual dan mendedahkan niat unutk membunuh jirannya tercetus selepas didatangi oleh arwah ibu dan neneknya melalui mimpi.
Dalam mimpi tersebut, Arifin menjelaskan dia disiram air panas oleh ibu dan ianya seperti memberi satu petanda menyebabkan dia yakin bahawa santau adalah punca kematian ibu dan neneknya.
Arifin turut menjelaskan dia diamanahkan untuk membunuh mangsa menggunakan raket elektrik untuk bunuh nyamuk yang diletakkan di atas kubur arwah neneknya dan kayu.
Akibat percaya bahawa mangsa yang merupakan jirannya itu mengamalkan ilmu hitam dan menghantar santau kepada arwah ibu dan nenek mangsa sampai meninggal dunia.
Menurut polis Didit Bambang Wibowo, Arifin menceritakan yang bomoh tersebut meminta dia meletakkan raket elektrik itu di atas kubur arwah neneknya.
Bukan itu saja, malah dia juga kena berpantang daripada melawat beberapa kawasan yang tertentu.
Sebaik sahaja selesai ritual, Arifin terus menyerang mangsa dengan melibas tangan mangsa menggunakan raket dan semasa pergelutan, mangsa sempat melempar batu ke dada suspek yang membuatkan suspek naik berang.
Arifin terus mengambil kayu dan memukul mangsag hingga mati seperti yang dipesan oleh arwah ibu dan neneknya di dalam mimpi.
Selesai melakukan pembunuhan, Arifin terus ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat dan selepas solat, dia menjenguk mangsa untuk memastikan mangsa sudah meninggal dunia atau belum.
Bagaimanapun, Arifin telah ditangkap oleh polis dan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau penjara 20 tahun jika disabitkan kesalahan.
Ibu Tikam Bayinya Umur 3 Bulan Selepas Terdengar ‘Bisikan Syaitan’
Leave a Reply