Seorang lelaki mencekik bekas kekasihnya sehingga mati di sebuah pusat spa tempat mangsa bekerja selepas mangsa berpisah dengannya dan menyekat nombor telefon bimbitnya pada aplikasi WhatsApp.
BACA : Berang Kekasih Adalah Mak Nyah, Doktor Bunuh & Mayat Dimasak Dalam Oven
Suspek yang merupakan warga Bangladesh berumur 30 tahun itu dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Dubai, Selasa lalu atas tuduhan membunuh bekas kekasihnya yang dikatakan telah menghilangkan diri selepas diberi Dh7,000 (RM7,884.90) dan bersetuju menerima lamarannya.
Pada mulanya, lelaki tersebut tidak mengaku bersalah di atas pertuduhan itu dan tidak berniat membunuh mangsa, namun tertuduh juga didakwa mencuri telefon bimbit mangsa sehingga mahkamah mendapati defendan bersalah dan diperintah untuk dipenjarakan.
Portal Khaleejtimes mendakwa laporan bedah siasata mengatakan punca sebenar kematian mangsa adalah disebabkan sesak nafas kerana dicekik oleh suspek.
Leave a Reply