Sebelum ini viral sebuah rakaman video memaparkan dua orang lelaki bertumbuk di Plaza Tol Bukit Kiara, 17 September lalu dan rakaman tersebut dirakam oleh isteri kepada Mohamad Fazrien Mohd Ziear.
BACA : Dua Lagi Video Insiden Kemalangan Arwah Danial Dikongsi Netizen Tular
Namun, apa yang mengejutkan, kedua-dua lelaki terbabit sudah menjadi kawan baik dan keakraban Fazrien bersama Ng Whye Hong dikongsi menerusi akaun Facebook miliknya.
“Kenang 20 September 2019 menjadi memori dan kesedaran pada kami terutama aku… Allah temukan aku dengan Ng Whye Hong untuk memberi pengajaran kepada aku.” – tulis Fazrien di Facebook.
Menurut Fazrien yang berusia 29 tahun itu, akibat daripada insiden tersebut, dia dan Ng, 39 tahun menerima hukuman penjara sehari dan denda RM1,000.
Fazrien dan Ng mendedahkan mereka berdua mula berasa menyesal ketika mereka berada di dalam lokap Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bersama hampir 50 banduan lain.
“Melihat suasana dan keadaan mereka (banduan) secara langsung timbul keinsafan dalam diri. Saya berada di dalam lokap itu hampir tujuh jam.
“Bayangkan cara percakapan, tingkah laku dan kebersihan diri banduan lain menakutkan saya dengan Ng. Itu saat bermulanya kami berborak dan masing-masing menyesal dengan sikap, emosi serta ego semasa kejadian,” – jelas Fazrien pada Harian Metro.
Fazrien memberitahu hukuman yang diberikan itu amat memberi keinsafan buat dirinya dan dia pasti tidak akan mengulangi perkara melanggar undang-undang.
Leave a Reply