Tular sebuah video berdurasi 30 saat di media sosial yang memaparkan seorang lelaki dilihat membelasah isterinya dengan menggunakan topi keledar akhirnya mengundang padah.
Memetik Berita Harian, Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di sebuah rumah di RKT Kesedar Paloh 2, di sini, jam 2.30 petang semalam, susulan kejadian yang berlaku di tepi jalan berhadapan sebuah kedai makan, di Gua Musang, Kelantan, Khamis lalu.
BACA : Pukul Isteri Gara-gara Duit Raya RM10, Lelaki Ini Dipenjara Setahun & Denda RM2,000
“Suspek mendakwa berlaku perselisihan faham kerana tidak membenarkan isterinya bekerja dan menyuruh mangsa menjaga ibunya yang sedang sakit.
“Hasil pemeriksaan, kita tidak menemukan apa-apa barang salah pada suspek, namun ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis Methaphetamine.
“Polis turut merampas topi keledar berwarna merah yang digunakan untuk memukul mangsa dalam kejadian itu,” – Superintendan Sik Choon Foo.
Suspek kini direman empat hari sehingga Rabu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Video yang memaparkan lelaki itu berani membelasah isterinya dengan menggunakan topi keledar walaupun di tempat terbuka menyebabkan netizen mengecam perbuatan lelaki itu.
Video Suami Pukul Isteri Guna Helmet
‼️ IPD gua musang tengah cari lelaki ni siapa ada info boleh call pihak berkuasa.
Dekat public pun boleh naik tangan ya 😩
credit malaysiagazette pic.twitter.com/7aarnReaEn
— Yuni ✨ (@hasutbeli) January 27, 2023
Skandal Diserang Oleh Isteri & Rakannya, Lelaki Ini Sanggup Dipukul Untuk Jadi ‘Hero’
Leave a Reply