‘Lebai’ Sembah Berhala Mohon Maaf, Menyesal & Tidak Akan Ulangi Lagi

Susulan video viral yang memaparkan seorang lelaki cina berpakaian seperti ‘lebai’ mengenakan kopiah dan berkain pelikat sedang melakukan upacara sembahyang menyembah berhala telah membuat permohonan maaf secara terbuka hari ini.

Pelaku, Lim Lip Kok telah mengundang kemarahan terutamanya umat Islam di Malaysia ditahan polis Isnin lalu sebelum dibebaskan keesokannya berikutan kes itu akan diambil alih oleh Polis Bukit Aman.

LIHAT : (Video) lelaki Cina Berkopiah & Berkain Pelikat Sembah Tokong

Bagaimanapun, sidang media hari ini telah dilakukan dan Lip Kok membuat permohonan maaf melalui jurubahasa yang juga Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bagan Selatan, Cheah Han Boon.

Menurut laporan Berita Harian , lelaki berusia 43 tahun itu mengakui menyesal dengan perbuatannya itu dan berjanji tidak akan mengulangi lagi.

Lagi pun, dia langsung tidak mengetahui pakaian yang dipakainya itu boleh menimbulkan kemarahan umat Islam, malah tidak menyedari perbuatannya itu dirakam individu yang tidak dikenali.

“Sidang media ini dibuat untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam dan saya tidak berniat menyinggung perasaan mereka.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*