Tercirit Dalam Seluar Masa Maraton, Lelaki Ini Tetap Habiskan Larian

Lelaki ini terpaksa menahan sakit perut kerana hendak membuang air besar semasa larian Shanghai International Half-Marathon.

BACA : Mata Hampir Buta Gara-gara Tahi Jatuh Dari Langit

Wu Xiangdong pada mulanya menahan daripada tercirit sehinggalah sejauh 10 kilometer dia tidak dapat menahan dan terpaksa melepaskan ‘hajat’ dalam keadaan berlari.

Wu sendiri akui tidak tahan dengan bau busuk yang keluar dari celah seluarnya dan berasa lebih bertenaga selepas tercirit.

“Saya sendiri tidak tahan bau busuk itu,

“Saya teruskan larian dan tak berhenti (sebab tiada tandas di situ) dan saya nak kalahkan pelari Afrika di garisan penamat,”

“Saya rasa lega bila dapat melintas di garisan penamat dan dapati ada tandas di situ.

“Rasa macam lebih bertenaga lepas melepaskan ‘hajat’ saya semasa berlari. Kalau tak terkena macam ni, saya rasa boleh lari lebih laju,” – Wu Xiangdong.

Dia berjaya menamatkan lariannya dalam catatan masa 1 jam 6 minit dan 16 saat untuk acara larian 21 kilometer itu.

Wu mengesyaki masalah tu berlaku disebabkan oleh pakaiannya basah semasa larian itu dan bukan daripada pemakanan memandangkan dia hanya mengalas perut dengan sebiji roti dan sebotol air mineral sebelum larian.

Sumber : South China Morning Post

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Gadis Terberak Dalam Seluar Di Tempat Awam, Teman Lelaki Bantu Bersihkan Seperti 'Superhero' - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*