Akibat melanggar kontrak, pelakon drama Yes Sir Nak Pergi Mana, Azrel dan Risteena telah disaman sebanyak RM1.5 juta setiap seorang oleh JNI Creative Sdn. Bhd. hari ini, tetapi mereka berdua masih diberikan masa selama 14 hari untuk berbincang dengan pihak produksi.
Punca semua ini bermula apabila dua episod yang tidak dilakonkan oleh Azrel dan Risteena disebabkan mereka berdua meminta bayaran lebih sedangkan dalam kontrak sudah tertulis semua jumlah bayaran.
Sebelum ini Azrel membuat laporan polis bersama-sama beberapa pelakon dan kru produksi di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, Selangor untuk menuntut sebahagian gaji dari syarikat produksi JNI Creative Sdn Bhd yang belum dilunaskan.
Leave a Reply