Ladang Babi Moden Mulai 2022, Perak Akan Laksanakan Sepenuhnya

Seperti pernah yang pernah dijanjikan dahulu, akhirnya Perak akan melaksanakan sepenuhnya sistem ladang babi moden mulai 1 Januari 2022 bagi menjaga kesejahteraan alam dan mesra awam.

Menurut Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Negeri Perak, A. Sivanesan, buat masa ini terdapat 109 ladang babi di Perak dan penternak babi harus menutup ladang-ladang babi tradisional mulai 1 Januari 2022 untuk merealisasikan ladang babi moden.

“Sekarang apa yang kita nampak, apa yang dipraktik selama ini adalah sistem terbuka dan inilah jadi punca dan masalah kepada masyarakat, bau.

“Tetapi dengan sistem ini, selepas kajian demi kajian, demi kajian kita boleh sahkan bahawa masalah ini dapat kita selesaikan,” – A. Sivanesan.

Sivanesan menjelaskan sistem ladang babi moden yang menggunakan kaedah kandang tertutup dapat mengawal pencemaran udara, sungai, kacau ganggu bau dan lalat serta mahluk perosak, selain memudahkan kawalan penyakit.

Setakat ini, terdapat 16 ladang babi di Perak telah mula menghala ke arah konsep ladang moden di samping 44 lagi sedang dalam proses perubahan kepada konsep yang sama.

Sumber : Astro Awani

1 Trackback / Pingback

  1. Guna Bahan Vegetarian Tapi Cupcakes 'Mandul Babi' Buat Netizen Jadi Bingung - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*