Semalam berlangsung minggu ketiga konsert Big Stage musim kedua yang menyaksikan penyanyi dari Brunei iaitu Aziz Harun menarik diri dari rancangan tersebut mengejutkan ramai pihak dan peminat.
BACA : “Aku Mengaku Buat Kat Bangkok RM2000 Aje” – Pengakuan Micheal Ang
Tidak mahu ketinggalan memberi pendapat, pelakon dan pengarah drama terkenal, Micheal Ang turut memberikan kritikan menerusi laman Twitter miliknya.
“Hmmmmm Tarik diri!!!!! Hmmm all I can say dlm industry ni muka kena tebal hati kena kental,” – tulis Micheal Ang di Twitter.
Namun, kritikan Micheal Ang membawa padah apabila netizen dan peminat Aziz Harun yang rata-rata dari Brunei memberi kecaman hebat kepada pengarah itu.
Malah, salah seorang netizen sanggup mengatakan Micheal seorang hati yang busuk walaupun sudah memeluk agama Islam.
Tidak mahu berdiam diri, Micheal membalas komen netizen yang seharusnya tidak mempertikaikan hal agama dalam isu sebegini.
Ada juga netizen yang mahukan Micheal menyanyi di atas pentas sebelum memberi pandangan kepada artis kesayangan mereka itu dan ada yang mendakwa semua itu adalah ‘drama’ daripada pihak Astro untuk menaikkan rating rancangan itu.
Leave a Reply