Kes Pemandu Uber Dipukul 10 Lelaki Selesai Dalam Siasatan Polis

Kes seorang pemandu Uber yang cedera dipukul 10 lelaki selepas didakwa mencabul wanita Vietnam di Paya Terubung, George Town baru-baru ini telah diselesaikan dan dilengkapkan oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar memberitahu kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya esok dengan cadangan mereka yang terlibat didakwa di mahkamah.

Manakala enam lelaki berusia 29 hingga 40 tahun yang direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan kes pukul pemandu Uber itu telah dibebaskan dengan jaminan polis dan pemandu Uber tersebut pula akan tamat reman esok hari.

Wanita Vietnam berusia 43 tahun yang mendakwa dirinya dicabul pula kini masih direman oleh Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang kerana masih dalam siasatan untuk dapatkan laporan pasportnya.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*