Kes Guru Tampar Pelajar, Guru & Pelajar Saling Bermaafan

Susulan kes seorang guru lelaki menampar pelajar tingkatan empat kerana mengeluarkan perkataan kurang sopan viral sejak Rabu lalu telah berakhir apabila masing-masing mengakui kesilapan dan saling bermaafan.

Isu ini telah diselesaikan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan, semalam kerana tidak mahu perkara tersebut tidak perlu dipanjangkan demi kepentingan semua pihak.

Dalam kejadian sebelum ini, pelajar dari SMK Chenderawasih, N Thinalan, 16 tahun, membuat laporan polis kerana mendakwa dikasari oleh seorang guru, Sobri Ismail, 35 tahun dan seorang lagi guru, Che Zaini Awang, 55 tahun, ketika di dalam kelas.

“Kita mengambil pendekatan positif untuk melakukan pemuafakatan dan saling berdamai,” – Ketua Pegawai PPD Kuantan, Mohd Razali Mustafa.

Menurut Razali lagi, mereka tidak mahu Thinalan belajar dalam keadaan tertekan dan semua pihak termasuk guru harus ambil iktibar daripada apa yang berlaku.

Sementara itu, bapa pelajar berkenaan, R. Nagendran, 43 tahun berkata akan menarik balik laporan polis yang dibuat demi kebaikan bersama dan menganggap tiada apa-apa berlaku.

Sumber : Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*