Kes Gangguan Skesual Ebit Lew, Polis Rampas Handphone Firdaus Wong

Pegawai polis dari Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak Bukit Aman, Superintendan Hirdawati Isa yang merupakan saksi keenam adalah individu yang merampas telefon bimbit milik pendakwah bebas, Firdaus Wong.

Rampasan telefon bimbit jenis iPhone XS Max berwarna putih dan satu kad sim milik saksi ketiga, Firdaus Wong itu membabitkan kes gangguan seksual yang dihadapi oleh pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim

BACA : “Saya Peluk Mak Nyah, Tak Peluk Wanita” – Ustaz Ebit Lew Dakwah Di Lorong Gelap

Memetik Sinar Harian, Hirdawati memberitahu mahkamah bahawa rampasan itu dibuat pada 28 September 2021 selepas menerima arahan daripada pegawai penyiasat berkaitan laporan kes Tenom.

“Pada kira-kira jam 2 petang, saya telah diminta oleh pegawai penyiasat Superintendan Noor Asyikin Shamsuri untuk menjalankan rampasan telefon bimbit seorang saksi bernama Firdaus Wong Wai Hung yang akan datang ke pejabat D11 dan saya memperkenalkan diri saya sebagai pegawai polis.

“Saya telah meminta Firdaus menyerahkan kad pengenalan beliau dan saya seterusnya telah mengarahkan Firdaus menyerahkan telefon bimbitnya kepada saya.

“Setelah Firdaus menyerahkan telefon bimbit kepada saya, saya telah keluarkan borang pemeriksaan kepada beliau,” katanya ketika menjawab soalan daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria dalam Mahkamah Majistret Tenom pada Selasa.

Dalam perbicaraan lepas, Firdaus Wong merupakan saksi ketiga daripada pihak pendakwaan bagi perbicaraan kes membabitkan Ebit Lew.

Dalam kes ini, Ebit Lew berhadapan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

“Saya Peluk Mak Nyah, Tak Peluk Wanita” – Ustaz Ebit Lew Dakwah Di Lorong Gelap

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*