Seorang lelaki yang duduk di bahagian penumpang maut manakala rakannya yang merupakan pemandu melarikan diri selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka merempuh sebuah treler kosong, awal pagi tadi.
BACA : Rempuh 5 Pemotong Rumput, Pemandu Myvi Berdepan Penjara 10 Tahun & Denda RM2,721
Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin, kenderaan itu juga dipercayai penuh dengan muatan daun ketum termasuk di tempat duduk belakang dan di dalam bonet.
Dalam kejadian pada jam 6 pagi di Kilometer 46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Paloh 2, Gua Musang itu menyebabkan penumpang maut dan identiti mangsa belum dikenal pasti.
Memetik Berita Harian, dua lelaki itu dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kuala Krai bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu rakan mangsa hilang kawalan sebelum merempuh belakang treler.
Akibat rempuhan itu, mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dan pemandu kereta itu sempat melarikan diri.
Leave a Reply