Kerajaan Kelantan Arah Tutup Kedai Masa Solat Tarawih, Nik Abduh Mohon Ditarik Balik

Viral di laman sosial media mengenai surat arahan daripada Kerajaan Negeri Kelantan yang mengarahkan semua peniaga di negeri Kelantan menutup kedai makan dan restoran semasa solat tarawih dijalankan sepanjang bulan Ramadan.

Menurut surat tersebut, tujuan kerajaan Kelantan menyuruh pengusaha memberhentikan operasi dari jam 8.30 malam sehingga 10.00 malam itu adalah bagi menghormati bulan Ramadan dan menggalakkan umat Islam menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid mahu pun surau.

Kalau ikutkan, di dalam surat itu menjelaskan arahan menutup kedai sementara di negeri Kelantan itu berkuatkuas dengan serta merta iaitu semalam, 6 Mei 2019.

Namun, berbeza pula pandangan dengan Nik Mohamad Abduh yang mahukan dan berdoa agar arahan daripada kerajaan negeri Kelantan itu ditarik semula memandangankan bulan Ramadan adalah bulan yang penuh berkat.

Nik Abduh memberitahu lagi melalui laman Facebook miliknya, rezeki yang halal dan baik di bulan Ramadaan wajar digalakkan, bukan dihalang dan umat Islam adalah digalakkan menguruskan masa masing-masing dengan bijak dan berhikmah untuk melakukan ibadah khusus.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*