Awas kepada yang suka membuat pembakaran terbuka lebih-lebih lagi musim jerebu ni, kalau tersilap langkah, tanah anda akan dirampas oleh kerajaan!
BACA : Gara-gara Kunci Kereta, Remaja Bakar Rumah & Kereta
Baru-baru ini, Kerajaan Selangor memberi amaran akan bertindak merampas tanah para petani yang masih degil melakukan pembakaran terbuka di negeri ini yang dilihat semakin berleluasa dari tahun ke tahun.
Menurut Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, tindakan tegas itu perlu dilakukan kerana para petani terutamanya di kawasan Johan Setia masih melakukan perbuatan berkenaan walaupun kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan larangan.
“Pembakaran terbuka untuk aktiviti pertanian ini sedikit sebanyak telah memburukkan lagi situasi jerebu yang melanda negara sekarang.
“Bagaimanapun, kita akan pastikan tindakan (merampas tanah) ini akan mengikut prosedur dan proses ditetapkan kerana bukan mudah untuk mengambil tanah ini kerana ada tanah disewa dan ada juga tanah diceroboh untuk menanam sayur-sayuran,” – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.
Namun, setakat ini belum ada tangkapan dibuat terhadap petani yang ingkar dengan arahan dikeluarkan kerana perbuatan itu dilakukan pada waktu malam dan awal pagi, memetik Kosmo Online.
Leave a Reply