Kepala Zakar Terpotong Semasa Berkhatan, Remaja Dapat Pampasan RM150,000

Remaja berusia 19 tahun yang terpotong kepala alat sulitnya ketika berkhatan 9 tahun lepas, berjaya memperoleh pampasan RM150,000 selepas kes samannya terhadap seorang pembantu perubatan hospital kerajaan berjaya diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur hari ini.

BACA : Berang Isteri Curang, Suami Potong & Bawa Lari Kemaluan Kekasih Isteri

Peguam Mohamad Zainuddin Abu Bakar yang mewakili remaja berkenaan memberitahu defendan pertama iaitu pembantu perubatan Hospital Kuala Lipis bersetuju untuk membayar RM150,000 kepada anak guamnya.

“Jumlah pampasan itu dicadangkan oleh mahkamah ketika kedua-dua pihak berunding untuk menyelesaikan kes dan kami bersetuju dengan jumlah pampasan berkenaan,

“Mahkamah kemudiannya menetapkan 5 Ogos untuk keputusan bagi mengetahui terma pembayaran berkenaan,” – Mohamad Zainuddin

Menurut Mohamad Zainuddin, pembantu perubatan itu memohon supaya jumlah pampasan itu dibayar secara ansuran iaitu RM2,500 setiap bulan dalam tempoh lima tahun, bagaimanapun pihaknya menolak cadangan tersebut.

Terdahulu, pada 19 Julai 2018, remaja itu memfailkan saman melalui ibunya dan mendakwa pada 10 pagi, 13 Disember 2010, pembantu perubatan bersama seorang pembantunya telah menjalankan prosedur berkhatan ke atas dua kanak-kanak lelaki termasuk anaknya yang ketika itu berusia 10 tahun, di sebuah premis kediaman di Kuala Lipis, Pahang.

Di dalam saman tersebut mendakwa defendan pembantu perubatan itu tidak mengikut prosedur ditetapkan apabila telah memotong keseluruhan kepala zakar remaja terbabit yang ketika itu keadaan kulit zakar masih menutupi kepala kemaluan remaja berkenaan.

Pembantu perubatan itu membuat penyambungan semula ke atas kepala alat sulit dengan menjahitnya tanpa mengikut prosedur yang betul dan pembantunya tidak memberikan rawatan dengan segera serta tidak memaklumkan kepada remaja terbabit serta anggota keluarganya bahawa kepala zakar telah terpotong.

Ibu remaja itu mendakwa anaknya kemudian dibawa ke Hospital Selayang dan pembedahan dilakukan untuk menyambung semula kepala alat sulit dengan penutup getah diletakkan pada kepala zakar, namun selepas masuk hari ke-35, plaintif terperanjat selepas mendapati kepala alat sulit anaknya tidak ada lagi pada batang zakarnya.

Akibat kecacatan kekal itu, remaja berkenaan telah berubah sikap menjadi seorang yang amat pendiam dan tidak suka berkawan dengan rakan sebaya serta tidak faham dunia seksualiti.

Sumber : Berita Harian

Isteri Ditahan Polis, Genggam Kemaluan Suami Tanpa Kebenaran

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*