Laporan semalam mendedahkan dua kepala dipercayai mangsa pembunuhan kejam yang mayatnya dikerat lapan, Khamis lalu telah disahkan oleh ahli keluarga mangsa dan pihak polis.
BACA : Dua Kepala Mangsa Sudah Ditemui, Pembunuh Kejam Ditahan Reman
Dua kepala tersebut disorok di siling rumah mangsa di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, Melaka sebelum ditemui oleh pihak polis kira-kira 8 malam, Jumaat lalu.
“Kedua-dua bahagian kepala mangsa ditemukan di atas loteng rumah dua tingkat yang didiami mangsa bersama suaminya.
“Keluarga mangsa juga hadir ke Jabatan Forensik Hospital Melaka, malam kelmarin (Sabtu), untuk pengesahan,” – jelas Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim kepada Harian Metro.
Namun, menurut Mat Kasim, usaha mencari bahagian pergelangan tangan juga masih dilakukan untuk melengkapkan bahagian badan yang lain setelah difahamkan bahagian itu dibuang ke dalam tong sampah.
Berkemungkinan bahagian pergelangan tangan mangsa itu telah diangkut oleh pihak ditugaskan untuk dibuang dan ianya sudah dibuang lama di dalam tong sampah.
Dua Kepala Mangsa Sudah Ditemui, Pembunuh Kejam Ditahan Reman
Leave a Reply