Akibat terlupa untuk membungkus paha ayam goreng untuk isteri, seorang lelaki telah dikelar oleh isterinya yang tidak dapat mengawal kemarahan.
BACA : Suami Isteri Bawa Anak 18 Bulan Hisap Dadah
Cerita dia macam ni, mangsa bernama Wu keluar untuk bertemu dengan pelanggannya di luar dan isterinya, Luo, menyuruh suaminya membeli dan membungkus paha ayam goreng dan bawa balik ke rumah.
Menurut saksi iaitu ibu Wu, anaknya terlupa dengan pesanan isterinya itu menyebabkan pasangan itu bergaduh dan pada masa itu ibu Wu berada di dalam mandi dan tidak menyedari pergaduhan mereka sehinggalah dia terdengar cucu perempuannya menjerit.
Sebaik saja keluar dari bilik mandi, dia mendapati anaknya terbaring berlumuran darah akibat dikelar oleh menantunya menggunakan pisau pemotong buah.
Sebelum kejadian itu, hubungan Wu dan Luo sangat baik dan keluarga Wu merasakan dia terlalu memenuhi keinginan isterinya sehingga menyebabkan wanita itu mula menuntut perkara yang bukan-bukan.
Sebab itulah isteri mangsa mula berubah dan menjadi baran menyebabkan mereka selalu bertengkar.
Tetapi berbeza pula dengan maklumat dari jiran mereka, Luo dan Wu bertengkar mengenai tanggungjawab menjaga ibu Wu kerana Luo mahu empat adik iparnya mengambil alih tanggungjawab itu.
Pernah juga mereka bergaduh disebabkan Luo meminta ibu mentuanya tinggal di dalam bilik stor.
Sumber: World of Buzz
Leave a Reply