Susulan siasatan kematian Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Rabu lepas menjurus kepada faktor kecuaian.
BACA : “Tembakan Itu Tersasar Sedikit…” – Anak A R Badul Mati Tertembak Semasa Demontrasi
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan beberapa individu akan dipanggil untuk membantu siasatan.
Menurut Datuk Omar, setakat ini 11 individu termasuk anggota tentera yang terbabit dengan insiden tembakan itu telah dipanggil bagi memberi keterangan.
Khamis lepas, pihak polis sedang menjalankan siasatan penuh berhubung insiden kematian anak pelakon dan pengarah terkenal AR Badul serta mengenal pasti punca sebenar kejadian, memetik Sinar Harian.
Leave a Reply