Niat Datuk Aliff Syukri untuk memberi kejutan kepada semua peminat dan followers akhirnya terkubur apabila isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dimasukkan ke wad selepas mengalami pendarahan yang memberi risiko kepada kandungannya.
BACA : “Video Tu Sebenarnya Untuk Promo Produk Terbaru Saya”
Menurut perkongsian Aliff Syukri melalui Instagram miliknya pada malam Selasa lalu, dia sengaja merahsiakan kandungan isterinya yang sedang hamil kembar kepada orang ramai semata-mata untuk membuat kejutan.
“Impian yang tak tercapai. Tolong doakan kandungan isteri saya selamat. Dugaan 2 Ramadan,” katanya.
“Namun dugaan mungkin tertekan dengan keadaan semasa baru-baru ini di mana banyak pihak membesar-besarkan dan mungkin sebab itu berlaku pendarahan yang agak banyak.
“Bila scan pula doktor beritahu baby kembar. Ya Allah sayang ya,” – tulis Aliff Syukri
Aliff Syukri turut memohon orang ramai semoga mendokan kandungan isterinya selamat dan semua urusan dipermudahkan.
Leave a Reply