Kecik Mengaku Bersalah Mencederakan Kekasih, Dikompaun RM200

Bekas vokalis utama kumpulan Hyper Act, Kecik didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Selayang kerana mencederakan kekasihnya pada 12 Mac lalu.

Kecik didapati bersalah mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah dan telah dikompaun sebanyak RM200 setelah mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak.

Kecik atau nama sebenar Muhammad Fauzi Kamaruddin, mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas kekasihnya, Farah Nurizzati Salleh, di Batu 6 3/4, Kampung Changkat, Gombak.

Jika diikutkan, Kecik dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya tetapi kekasih Kecik bersetuju supaya kes diselesaikan dengan kompaun RM200.

ArtisBuzz – Nasib baik RM200, kalau tak bungkus ler kau bro…

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*