Walaupun baru sahaja berusia 10 tahun, kanak-kanak ini telah menjadi kanak-kanak paling gemuk di dunia kerana mencatatkan berat sebanyak 196.8kg.
Menurut laporan portal Mirror, Mohammed Arbrar yang berasal daripada Pakistan itu dijadualkan akan menjalani pembedahan untuk mengurangkan berat badannya demi menyelamatkan nyawanya.
Walaupun dilahirkan hanya dengan berat 3.6kg, menurut Ibu Arbrar, semasa bayi dia sentiasa lapar dan akan minum susu sebanyak lima kali ganda yang diminum oleh abangnya bersamaan dengan dua liter untuk setiap suapan.
Disebabkan badannya yang terlampau berat, ibunya, Zareena tidak mampu untuk menukarkan lampinnya seorang diri dan terpaksa mendapatkan katil khas bagi menampung berat badan anaknya itu.
Arbrar juga tidak pernah ke sekolah kerana dia tidak berdaya untuk berjalan lebih daripada tiga langkah manakala dua abangnya normal seperti kanak-kanak lain.
“Saya berasa amat gembira kerana akhirnya Arbrar bakal mendapat bantuan yang diperlukan untuknya kembali hidup secara normal.”
“Saya pasti dia akan dapat mengurangkan berat badan seperti pesakit-pesakit lain yang telah berjaya dirawat oleh Dr Maaz.’ – Zareena
Arbrar akan menjalani satu pembedahan laparoscopic sleeve untuk membuang sedikit lapisan diperutnya supaya pengambilan makanannya dapat dihadkan.
Operasi pembedahan tersebut dijangka akan selesai dalam masa sejam dan selepas daripada pembedahan itu, Mohammed akan diberi susu mentega yang rendah lemak, sup ayam serta jus buah-buahan.
Leave a Reply