Kakitangan JPN Menangis Dipenjara 156 Tahun

Seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertugas sebagai pembatu tadbir dijatuhi hukuman penjara 156 tahun di Mahkamah Sesyen, Melaka.

Ahmad Zakri Raman didapati bersalah atas pertuduhan mengubah status bukan warganegara 22 bangsa Sulu dari Filipina kepada warganegara serta menggodam sistem maklumat rekod penduduk negara milik jabatan berkenaan.

Ahmad Zakri yang berusia 31 tahun ini didakwa melakukan 17 kesalahan menerima suapan RM4,000 secara tunai daripada 22 bangsa Sulu melalui beberapa orang tengah dalam 17 transaksi yang membabitkan nilai RM88,000 sejak 11 April 2015 hingga 27 Mac 2016.

Semua kesalahan itu dilakukannya di kawasan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Jalan Hang Tuah di sini.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara bagi 15 lagi pertuduhan, tertuduh didakwa membuat capaian tanpa kuasa hingga menyebabkan pengubahan terhadap status 22 lelaki Sulu kepada warganegara Malaysia dengan menggunakan identiti milik orang lain.

Kesalahan itu dilakukannya daripada 18 Mac 2014 hingga 7 April 2016 di Pejabat Bahagian Kewarganegaraan, Perkahwinan dan Perceraian, Ibu Pejabat JPN Melaka di Kompleks Dalam Negeri (KDN) Ayer Keroh.

Ahmad Zakri hanya mampu menangis sebaik hukuman dijatuhi sebelum ahli keluarganya berjumpa dan menenangkannya.

Hakim Ahmad Sazali Omar menegaskan isu membabitkan kewarganegaraan ini merupakan isu yang sangat serius.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*