Kaki Disebat Warden, Kaki Pelajar Tahfiz Terpaksa Dipotong

Harapan seorang ibu yang mengharapkan anaknya menjadi seorang tahfiz berkecai apabila kedua-dua kaki anaknya terpaksa dipotong.

Mangsa dan beberapa pelajar madrasah yang lain telah disebat menggunakan getah paip di telapak kaki masing-masing oleh pembantu warden.

Kejadian yang berlaku pada 28 Mac lalu di salah sebuah sekolah madrasah di Kota Tinggi, Johor menyebabkan kaki mangsa, Mohd Thaqif Amin terpakasa dipotong kerana kedua-dua belah kakinya kerana otot-otot di kakinya sudah mati selepas 20 hari disebat oleh pembantu warden.

Ibu mangsa, Dayang Thaqifah terpaksa membawa anaknya pulang dan sekaligus berhenti dari madrasah itu selepas 4 hari kejadian redha apabila doktor memberitahu kedua-dua kaki mangsa terpaksa dipotong untuk mengelakkan dialisis buah pinggangnya.

Dalam kejadian 28 Mac lalu, mangsa, Mohd Thaqif Amin, dan beberapa pelajar madrasah yang lain disebat menggunakan getah paip di tapak kaki, oleh pembantu warden.

“Mungkin disebabkan kuman dari kakinya. Di hari ketiga, keadaan Thaqif semakin merosot. Otot-otot kakinya sudah mati dan pagi ini (semalam) doktor memutuskan untuk memotong kedua-dua belah kakinya. That the best way for this time. Satu cara untuk elakkan dialisis buah pinggangnya,” Ibu mangsa, Dayang Thaqifah.

Yang terbaru, sepupu ibu mangsa memberitahu, mangsa telah selesai menjalani pembedahan memotong kakinya.

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Pelajar Tahfiz Dipotong Kaki Meninggal Dunia, Kes Diklasifikasi Sebagai Kes Bunuh

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*