Mungkin ramai yang tidak percaya hanya menjual nasik lemak mampu menjana pendapatan hampir RM400,000 sebulan, lebih-lebih lagi hanya bermula dengan modal RM3,000 sahaja sebagai modal pusingan.
BACA : Nasi Lemak Pondan Dikecam Teruk! Makin Dikecam, Makin Laku
10 tahun lalu, Saleha Abdullah bekerja dengan arwah ibunya yang menjual nasi lemak di sebuah kedai kecil di tepi jalan dan suaminya memberi idea untuk membuka sebuah kedai kecil di Kampung Pandan dan jualan nasi lemaknya mendapat sambutan.
“Idea ini datang dari suami saya sendiri, masa itu saya bekerja dengan arwah mak, kedai kecil itu, dah 30 tahun lebih semasa arwah mak saya ada.
“Bermula 2009, saya gunakan modal RM3,000 itu sebagai modal pusingan dan saya konsisten, cermat dalam setiap duit yang dikeluarkan. Akhirnya, saya boleh buka kedai tepi jalan secara kecil-kecilan dan ada 20 pekerja,” – Saleha Abdullah.
Permulaan dengan sekilo beras sehari dan meningkat dari sehari ke sehari dan tahun demi tahun, peniagaannya semakin berkembang dan Saleha membeli sebuah bangunan di Sri Rampai, Wangsa Maju bernilai RM3.8 juta dengan bantuan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).
Saleha menjelaskan, idea untuk membuka kedai lebih besar adalah daripada anak lelakinya, Mohd Rizal Isa yang sanggup meninggalkan kerjaya sebagai doktor untuk mempelajari selok-belok perniagaan.
Nasi Lemak Saleha kini mempunyai 60 kakitangan dan pendapatan hariannya boleh mencecah sehingga RM12,000.
“Tiada apa yang unik tentang nasi lemak ini, cuma masak biar betul, hati biar ikhlas, jangan sebab harga barang naik, kita kurangkan bahan dalam masakan, orang akan lari,” – Saleha Abdullah.
Lokasi kedai Nasi Lemak Saleha terletak berhampiran Lebuhraya MRR2, dan sebuah lagi cawangan di Sri Rampai beroperasi setiap hari bermula 6 pagi sehingga 1 pagi.
Kredit gambar : FMT Ohsem!
Leave a Reply