Jual Ibu RM3 Di Media Sosial, Polis Buru Pemilik Akaun Facebook

Kerana membenci ibunya yang sakit dan terpaksa membelanjakan wang yang banyak, seorang gadis sanggup menjual ibunya dengan harga 10, 000 rupiah (RM3) sahaja.

BACA : Bapa Jual Anak Baru Lahir RM29,230 Di WeChat Kerana Tidak Mampu Membesarkannya

“Dijual ibu berpenyakit. Harga 10, 000 rupiah (RM3) saja. Yang minat silahkan datang ke Blitar. Uruskan orang tua tidak berguna ini. Dijual kerana menyusahkan. Barang yang sudah dibeli tidak boleh dikembalikan.” – tulis gadis tersebut di Facebook.

Gadis yang menggunakan nama Friska Meila Anastasya itu turut melontarkan kata-kata kasar terhadap ibunya dan menyamakan ibunya dengan haiwan.

Menurut laporan Tribunnews, Friska dipercayai berasal dari Blitar, Jawa Timur dan dia menyahaktif akaun Facebook terbabit selepas menerima kecaman hebat daripada netizen.

Namun, screenshot status menjual dan memaki ibunya viral di media sosial.

“Berbeza dengan ibu bapa saya, mereka memberi alasan sakit dan pening kepala. Kalau berpenyakit, lebih baik mati kerana menyusahkan anak,” – tulis Friska pada status yang lain.

Friska juga mengakui membenci ibu bapanya kerana membuatkan hidupnya tidak bahagia dan  menghabiskan wangnya serta iri hati dengan mereka yang lahir dalam keluarga kaya kerana dimanjakan ibu bapa dengan kemewahan.

Menurut Friska, jiran cuba campur tangan terhadap hal keluarganya, tetapi tiada yang mahu membantu menguruskan ibu bapanya.

Susulan daripada penularan ‘iklan jual ibu’ itu, Polis Blitar kini menyiasat akaun Friska Meila Anastasya selepas menerima aduan daripada orang ramai.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*