Jins Shamsuddin Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas

Tan Sri Jins Shamsuddin disahkan meninggal dunia di sebuah klinik di Taman Melawati, Kuala Lumpur dipercayai akibat sesak nafas pada jam 5.45 petang tadi.

Jins Shamsudin atau nama sebenar Mohamed Zain bin Shamsuddin, pada mulanya sesak nafas selepas minum petang dan isterinya terus menghantar ke klinik berdekatan.

Anak kedua Jins Shamsudin, Putera Hang Jebat memberitahu bapanya disahkan meninggal dunia setibanya di klinik tersebut.

Al-Fatihah…

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*