Jep Sepahtu Masih Sakit, Shuib Terpaksa Beraksi Solo Lagi Di Maharaja Lawak Mega 2014

Dalam Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) minggu ke sembilan lalu kumpulan Sepahtu ramai mengejutkan peminatnya apabila hanya Shuib seorang yang beraksi tanpa kehadiran Jep yang sebenarnya sakit akibat demam denggi.

Untuk persembahan MLM2014 minggu ke sepuluh malam ini, kemungkinan besar Shuib masih beraksi solo tanpa Jep kerana Jep masih cuti sakit selama 10 hari dan berehat di kampung.

Untuk peminat Sepahtu diharap jangan risau kerana kesihatan Jep Sepahtu sudah beransur pulih cuma masih belum cergas.


(Gambar Shuib & Jep – Kumpulan Sepahtu)

Kalau diikutkan, Jep memang mahu beraksi bersama Shuib pada malam ini di pentas MLM2014 tetapi dihalang oleh Shuib kerana takut kesihatannya yang masih belum pulih sepenuhnya.

TehPanas – Manalah tahu Sepahtu buat gimik malam ni, last-last Jep Sepahtu masuk. Hehehe…

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*