Selepas beberapa hari dimasukkan ke dalam wad, akhirnya kesihatan Riezman Khuzaimi semakin beransur pulih.
“Alhamdulillah, saya rasa semakin baik, walaupun badan masih lagi berasa sakit-sakit dan lemah.
“Setakat ini doktor belum beritahu bila saya boleh keluar lagi kerana masih dalam pemantauan dan minta saya banyak berehat,” – Riezman Khuzaimi.
Sebelum ini, Riezman Khuzaimi mengalami jangkitan kuman pada paru-paru minggu lalu kini beransur pulih, namun doktor masih membuat pemantauan terhadap tahap kesihatannya dari semasa ke semasa.
Leave a Reply