Bengang dengan mulut-mulut orang yang mendakwa tindakan Awie membantu golongan selebriti yang kurang bernasib baik umpama menagih simpati, akhirnya Awie tampil menjelaskan dan menghentam semula dakwaan yang tidak dapat diterima itu.
“Mujur saya seorang yang sangat positif. Saya tak peduli apa yang orang nak cakap. Yang saya tahu kerja-kerja kemanusiaan ini saya lakukan kerana mahu mengembalikan nilai, maruah dan kedudukan anak-anak seni yang suatu masa ketika golongan ini masyhur, mereka dipuja, diangkat dan disayangi tetapi apabila sudah sampai usia senja, mereka diabaikan, dipinggirkan dan nasib mereka saling tidak ubah seperti pampers (lampin pakai buang)”
“Jangan jadikan artis seperti pampers kerana artis bukan pampers,” – Awie
Awie menjelaskan lagi, dia juga tidak malu untuk mengetuk pintu pejabat mana-mana orang berkepentingan untuk menjayakan usaha membela nasib selebriti di Malaysia ini.
Leave a Reply