Jaa Suzuran telah memaklumkan dia kini bukan lagi penyampai di radio Era selepas lima tahun kerana dia tidak menyambung kontrak yang berakhir hujung tahun lalu.
Setelah lima tahun bersama radio Era, Jaa memilih untuk bergerak sendiri bagi menguruskan karier seni yang semakin berkembang baik, memetik mStar.
“Lima tahun bersama mereka, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya bergerak sendiri dan mencuba bidang yang lain pula.
“Jadi DJ ini memerlukan komitmen masa yang agak tinggi, susah nak susun jadual lakonan, jadi saya perlu korbankan bidang penyampaian radio ini,” – Jaa Suzuran.
Jaa menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pihak pengurusan radio Era dan masih menjalinkan hubungan baik dengan stesen tersebut.
Namun, hingga sekarang ramai yang masih memanggil dia dengan nama Jaa Era kerana mungkin dia keluar dari stesen radio tersebut tidak diketahui ramai pihak.
Leave a Reply