Gara-gara tidak mempunyai anak selepas berkahwin selama enam tahun, pelakon Izzue Islam meluahkan rasa kecewa apabila pernah dituduh mandul.
BACA : Seluar Dalam Izzue Islam Habis Terjual Dalam Tempoh 3 Hari
Izzue dituduh mandul oleh setengah netizen dan ada juga yang mahukan dia berkahwin lagi seorang untuk mendapatkan cahaya mata.
Namun, menurut Izzue, tidak pernah terdetik di hati untuk ‘memadukan’ isterinya, Awin Nurin apatah lagi menceraikan isterinya itu seperti mana yang dimahukan oleh netizen.
Izzue turut menjelaskan cinta dan setianya tetap kukuh tersemat kepada Awin, biarpun sering dikeji, dicaci dan dihina oleh netizen di laman media sosial.
“Jujurnya, saya akui provokasi warganet sering kali ada di Instagram. Tetapi saya dan isteri tidak menghiraukannya. Jika melayan dan menghayati perkataan ditulis, saya dan Awin akan memendam rasa sakit hati.
“Paling terkesan tentunya saya dituduh mandul dan tidak mampu memberi kebahagiaan buat isteri. Malah, ada yang meminta saya melepaskan Awin.
“Saya tahu, saya tidak sempurna, tetapi tidak sesekali saya membiarkan warganet yang mahu menggugat rumah tangga. Saya percaya kepada pilihan hidup, jadi saya sanggup telan onak dan duri,” – Izzue Islam
Izzue turut mengaku isterinya pernah tertekan ketika isu mengenai zuriat mula-mula diperkatakan netizen tetapi tidak sampai tahap untuk malu keluar rumah dan berdepan dengan orang ramai.
Menurut Berita Harian, Izzue dan Awin akan menjalankan ujian kesuburan selepas membuat rawatan terlebih dahulu untuk memastikan masalah mereka demi untuk mendapatkan cahaya mata tahun ini.
Leave a Reply