“Itu Adik Saya” – Cerita Sebenar Gambar Budak Tidur Di Kaki Lima Sekolah

Sebelum ini, sebuah gambar budak sekolah yang tidur di kaki lima sekolah dikatakan kerana letih menunggu ibu bapanya terlalu lama untuk mengambilnya balik dari sekolah.

Gambar tersebut menjadi viral di laman sosial Facebook, Twitter dan aplikasi Whatsapp serta mendapat kritikan hebat daripada rakyat Malaysia yang sememangnya prihatin dalam isu sebegini. Prihatin? Hmmm…

Tanpa usul periksa, terus memberi komen yang negatif dan yang mengambil gambar terus memuatnaik gambar tersebut dan memberi caption yang dahsyat.

Cerita sebenar budak tidur di kaki lima sekolah

Selepas gambar itu tersebar meluas di internet, seorang lelaki yang bernama Salman Al-Murtaza (profil Facebook) telah memuatnaik status yang mengatakan budak sekolah rendah di dalam gambar tersebut adalah adik beliau.

Sebenarnya, budak tersebut bukanlah letih dan tidur seperti didakwa oleh setengah pihak, tetapi budak tersebut menangis teresak-esak di luar pagar Sekolah Rendah Chukai, Kemaman, Terengganu.

Memang benar ibunya lambat 5 minit untuk mengambil budak tersebut oleh kerana motosikal yang digunakannya mengalami kerosakan.

Sampai di sekolah, ibunya mencari anaknya di seluruh kawasan sekolah, akhirnya melihat anaknya sedang berbaring dan menangis di kaki lima sekolah.

TEHPANAS – Siapa tak sayang anak, kan kan kan…

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. (Gambar) “Cikgu Tarik Telinga Anak Saya Sampai Koyak & Hampir Putus”

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*