Heboh sejak semalam di media sosial apabila Shukri Yahaya didakwa menggoda seorang wanita yang merupakan model sambilan yang dikenali sebagai Sarah Danielle.
Walaupun sebelum ini Shukri telah mengeluarkan kenyataan bahawa berita yang disebarkan oleh wanita itu tudak benar dan mendakwa Sarah seperti ingin mencari publisiti murahan serta segala bukti perbualan yang dimuat naik adalah palsu.
Namun, ternyata Sarah tidak mengaku kalah dan tetap mempertahankan tindakan dia berkongsi mesej digoda Shukri Yahaya itu adalah satu tindakan benar dan kali ini Sarah memuat naik video perbualan antara dirinya dan Shukri Yahaya.
Melalui akaun Instagram milik Sarah, wanita tersebut memuat naik bukti satu persatu dan memberitahu beliau tidak menyunting foto berkenaan dengan tujuan tertentu.
“Saya tiada apa-apa niat buruk selain mahu menghentikan gangguan dia. Sejak cerita ini heboh dia padam akaun Wechat peribadinya dan profile Instagram pun dia tukar.
“Kenapa dia nak takut kalau tidak bersalah, malah Instagram saya juga disekat dari akaunnya,” – Sarah Danielle.
Shukri sekali lagi menafikan kontroversi berkenaan dan enggan lagi terus melayan isu remeh tersebut dan berharap isu ini tidak dipanjangkan lagi bagi menghormati bulan Ramadan yang mulia ini.
Apa lagi yang dia nak? Tidak takutkah dia kalau saya ambil tindakan? Saya diam sebab malas nak panjang cerita kerana perlu menjaga reputasi diri dan maruah keluarga. Orang yang mengenali saya, tahu siapa saya. Jadi, kalau saya terus melayan, apa bezanya saya dengan dia? – Shukri Yahaya
Shukri menjelaskan lagi tindakan Sarah Danielle itu seperti ingin membodohkan diri sendiri walaupun wanita tersebut berkeras mendakwa dirinya mengenali Shukri semasa di Kangar, Perlis.
Leave a Reply