Sebelum ini isu aksi gadis Melayu bertudung yang berpelukan dan bercium di atas pentas semasa konsert kumpulan K-pop B1A4 Sabtu lalu mendapat perhatian dan viral di laman sosial apabila video yang mendedahkan aksi peluk cium peminat wanita bersama selebriti dari Korea itu dimuatnaik.
Wakil kumpulan K-pop B1A4 iaitu WM Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi kepada pihak media menafikan dakwaan yang mengatakan tiga gadis yang merupakan peminat bertuah itu telah dicabul oleh anggota kumpulan tersebut di atas pentas.
[LIHAT VIDEO AKSI GADIS MELAYU BERTUDUNG DIPELUK & CIUM OLEH KUMPULAN KPOP]
Memang sesetengah artikel di laman web atau akhbar tempatan ada yang meletakkan tajuk yang agak ‘ganas’ berbunyi “Gadis Melayu Bertudung Dicabul Kumpulan K-pop di Atas Pentas” menyebabkan wakil kumpulan yang juga merupakan agensi kumpulan B1A4 tampil membuat kenyataan.
Wakil agensi B1A4 juga memberitahu adegan peluk cium yang hangat diperkatakan sebenarnya adalah acara lakonan parodi untuk babak romantik dalam filem dan drama popular Korea, sebab tu ada adegan peluk dan cium. Kebetulan pula semua peminat bertuah adalah gadis yang bertudung. Nasib baik bukan peminat lelaki yang naik atas pentas ‘kan?
[LIHAT TIGA GADIS BERPELUK & CIUM DENGAN ARTIS KPOP DIDENDA & DIPENJARA]
WM Entertainment turut memberitahu bahawa selepas ini mereka akan lebih berhati-hati dan peka mengenai perbezaan agama dan budaya sesebuah negara terutamanya negara Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan agama.
Leave a Reply