Sebelum ini, viral sebuah video menunjukkan seorang lelaki bertindak menampar dan menumbuk muka seorang pemandu wanita yang didakwa tidak memberi signal semasa menukar lorong di Jalan Dato Keramat, Kuala Lumpur di media sosial.
BACA : Tak Bagi Signal Punya Pasal, Pemandu Axia Mengamuk Apek Tua
Hari ini, isteri lelaki tersebut, Faridah Mohd Yatim, 28 tahun, tampil memberi penjelasan dan meceritakan versi penuh berkaitan insiden itu yang berlaku pada petang Rabu itu kepada mStar.
Kalau ikutkan, lelaki tersebut bersama kawannya telah mengejar wanita tersebut jauh dari tempat kejadian tetapi tidak dirakam oleh sesiapa.
Sebaik sahaja wanita itu memberhentikan kereta, lelaki itu memanggil wanita itu bodoh namun dibalas dengan ayat yang agak panas iaitu “Kaulah bodoh, kaulah gila!” menyebabkan lelaki tersebut hilang pertimbangan lalu menumbuk dan menampar wanita itu.
“Sebenarnya video yang tular itu hanya separuh sahaja. Suami saya dan rakan-rakannya kata mereka sudah mengejar wanita itu dari satu selekoh sebelum dia berhenti.
“Wanita itu dikatakan telah menukar lorong tanpa beri isyarat, menyebabkan suami hampir terbabas,” katanya. – Faridah Mohd Yatim
Faridah memberitahu lagi, suaminya juga mengaku telah menghentak topi keledarnya di atas kereta wanita itu kerana terlalu marah dan kejadian membelok tanpa memberi ‘signal’ itu berlaku kerana wanita itu memandu sambil bercakap telefon.
“Malah wanita itu sendiri cakap ‘aku angkat la telefon sebab ada orang call’ selepas suami saya marah dia guna telefon,” – Faridah Mohd Yatim.
Manakala laporan yang menyatakan suaminya mempunyai rekod lima jenayah lampau, Faridah menafikannya kerana rekod lampau tersebut sebenarnya rekod pemilik lama motosikal suami.
Faridah juga mengemaskini status di Facebook miliknya dan memberitahu suaminya memang seorang yang panas baran dan semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada suaminya.
Video Lelaki Tumbuk & Tampar Wanita Tak Bagi Signal
Dia tampar pompuan ni x bg signal ke marah sebab moto dia jatuh sebab x sempat tongkat? 😅⚡️Info pantas, join telegram 🔥 https://t.me/blogtehpanas
Posted by TEHPANAS on Thursday, 2 May 2019
- ayat bodoh (1)
- Ayat gila (1)
Leave a Reply