Seorang wanita merajuk dan meminum racun rumpai selepas ditegur dan dinasihatkan oleh suaminya supaya berhenti membuang masa berhubung dengan rakan-rakannya menerusi aplikasi WeChat.
Insiden tersebut berlaku di Kampung Kumbai, Kuching, Sarawak, sekitar jam 10.30 malam tadi apabila suami kepada wanita berusia 37 tahun itu menegur isterinya yang tidak berhenti dengan aplikas WeChat.
“Suaminya sebelum ini sering memberi nasihat, namun tidak dipeduli sehingga dia (suami) terpaksa memarahinya menyebabkan dia (mangsa) semakin tidak puas hati lalu bertindak meminum racun,” – sumber.
Suaminya cuba menghalang wanita tersebut daripada meminum racun tetapi tidak berjaya dan wanita tersebut kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan.
TehPanas : WeChat punya pasal… Hmmm…
Leave a Reply