Datuk Fazley Yaakob berkongsi detik cemas apabila isterinya terpaksa membuang air di tepi jalan ketika dalam perjalanan selama 13 jam pulang ke Kuala Lumpur semalam.
Perjalanan tersebut memberi tekanan kepadanya apabila kebanyakan tempat rehat dan rawat (R&R) sepanjang lebuh raya itu ditutup yang menyebabkan isterinya iaitu Datin Azrene Soraya Abdul Aziz terpaksa melepaskan buang air di sebalik semak samun di tepi lebuh raya tersebut.
“Kita orang memandu sampai 13 jam dari Penang ke Kuala Lumpur, biasanya 3 jam je! Tapi biasalah tu kan, travel time raya. Cuma stress sebab lain.
“Ya Allah, stress sebab R&R banyak yang ditutup, kesian semua orang yang terpaksa buang air tepi jalan, termasuk dalam semak samun termasuklah adik sayang (isteri) saya!
“Saya jadi #fastandfurious kejap, berhenti tepi jalan, ambik tuala untuk cover dia, lepas tu dia terus legakan diri dalam semak samun,” – tulis Fazley Yaakob di Instagram.
Menerusi laman Instaram miliknya, Fazley memberitahu kejadian itu bukan sahaja dialami olehnya, malah pengguna lebuh raya yang lain turut berhenti di tepi jalan untuk membuang air memandangkan tandas tidak berfungsi.
Leave a Reply