Susulan kontroversi Da’i Nik Farhan didakwa menceraikan isteri pertamanya yang sedang hamil tujuh bulan dituduh derhaka serta nusyuz menerusi rakaman audio pada aplikasi WhatsApp.
BACA : Da’i Farhan Dedah Terpaksa Tolak 18 Wanita Ajak Berkahwin, Akur Kepada Calon Ke 19
Tidak mahu mendiamkan perkara yang sebenar, bekas isterinya Fatin atau nama sebenarnya Nurul Ain Mat Aris memuat naik satu posting panjang lebar di akaun Facebook Fnama Fatin yang bertujuan untuk mempertahankan maruah diri dan keluarganya.
“Tulisan saya kali ini bukan untuk menyatakan perasaan saya atau untuk menagih simpati sesiapa kerana saya sentiasa bergantung harap pada Allah dan keluarga saya yang sentiasa berdiri teguh dibelakang saya.
Namun, tulisan kali ini bertujuan untuk mempertahankan maruah saya dan juga keluarga saya bila mana saya didakwa menjadi isteri yang nusyuz.
Pengertian nusyuz bermaksud keengganan isteri menuruti perintah atau derhaka terhadap suami.” – tulis Fatin di Facebook.
Sebelum ini, viral satu kenyataan seorang netizen di Facebook yang menggunakan akaun Asiah Jalil mengatakan Nik Farhan menceraikan isterinya kerana nusyuz dan memfitnah suaminya.
Bukan itu saja, Asiah mengatakan Farhan juga mengurung dan memukul isteri pertamanya sebelum melafazkan cerai menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApps yang tersebar di media sosial.
Bagaimanapun, Fatin memberitahu dia turut membuat laporan polis buka nbertujuan untuk menghukum, ia disebabkan dirinya berasa terancam dan takut selepas menerima pelbagai tohmahan daripada segelintir netizen.
“Jujur Macam Mana Pun Tetap Disalah Erti” – Da’i Farhan Kesal Keikhlasannya Dipandang Sinis
Leave a Reply