Baru-baru ini, heboh mengenai 14 anggota polis ditahan dalam serbuan menerusi Ops Blue Devil dijalankan pasukan dari Jabatan Integriti dan pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, 3.55 pagi, Jumaat lalu.
BACA : Seludup Air Ketum Ke Singapura, 8 Lelaki Malaysia Berdepan Hukuman Penjara 30 Tahun & 15 Sebatan
Dalam serbuan tersebut, mereka telah menemui dua botol minuman 1.5 liter disyaki mengandungi air ketum di atas bonet belakang MPV polis dan satu lagi di bahagian bawah kenderaan terbabit.
Kesemua 14 anggota polis tersebut telah dibebaskan dengan jaminan polis sebaik ujian saringan air kencing mendapati mereka negatif mengambil bahan terlarang selain tiada sebarang rekod jenayah lampau.
Walaupun telah dibebaskan, ada cerita yang tidak enak didengar apabila gambar kesemua 14 anggota polis itu disebar secara meluas menerusi laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp menyebabkan keluarga anggota polis yang terbabit itu terkilan dengan tindakan penyebaran itu.
Disebabkan itu, salah seorang daripada isteri anggota polis yang terlibat telah membuat laporan polis kerana berasa aib dan menjatuhkan imej keluarga semua 14 anggota polis itu.
Menurut wanita yang berusia 32 tahun itu, penularan gambar kesemua 14 anggota itu yang memakai pakaian seragam polis di Facebook bermula 02 November 2019, selain laporan dalaman polis turut ditular.
Dia juga memberitahu, berdasarkan latar belakang 14 anggota polis itu, ianya diambil di pejabat JSJN IPK Selangor dan mendakwa ianya disebar oleh orang dalam pada awalnya, seterusnya disebar oleh orang awam.
Isteri anggota polis itu mahukan pihak polis membuat siasatan dan menuntut keadilan. Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Leave a Reply