Anda mesti kenal dengan bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah, bukan? Ya, seperti yang anda tahu, Ismahalil yang berusia 49 tahun ini telah dipenjara atas kesalahan mengedar dadah sebelum ini.
Namun, Ismahalil dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram.
BACA : Dadah Punya Pasal, Lelaki Ini Terberak & Pengsan Atas Tahi Sendiri
Memetik Berita Harian, perkara pertama yang ingin Ismahlil lakukan selepas dibebaskan adalah berjumpa ibunya, Salbiah Mat Noor, 88 tahun yang kini sedang sakit.
Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah, 49, ingin mengotakan janji kepada arwah bapanya untuk menjaga ibunya yang kini menetap di Sepang.
“Saya mahu pulang ke kampung untuk berjumpa emak. Saya juga ingin menjaga emak kerana sudah berjanji pada arwah ayah.
“Lagipun sudah dua tahun saya tidak dapat berjumpa emak,” katanya yang menangis dan melakukan sujud syukur sebaik keputusan dibacakan oleh Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin.
Ismahalil juga memberitahu ingin berehat sebulan, sebelum kembali meneruskan operasi stesen radio dalam talian, Bapakku FM.
“Dengan semangat yang ada, saya akan membuka semula stesen radio yang ditutup seketika.
“Bagi saya, waktu dan masa saya akan teruskan stesen radio. Ini kerana ia adalah nyawa dan kehidupan saya.
“Dua tahun saya dalam (penjara), saya rasa seperti sudah mati kerana tiada hubungan dengan dunia luar.
“Ia satu tempoh yang lama dan kehidupan saya seakan terhenti kerana saya tidak dapat berkarya.
“Beri saya tempoh untuk berehat dan saya berjanji akan kembali kerana kerjaya sebagai penyampai radio adalah nyawa dan kehidupan saya.
“Saya akan kembali dengan nafas yang baharu,” – Ismahalil.
Ismahalil turut mendakwa dia akan berkongsi dengan pendengar pengalaman suka duka sepanjang dua tahun menjadi tahanan di Penjara Sungai Buloh.
Ismahalil juga sempat meluahkan kegembiraan dapat menjadi wali untuk majlis pernikahan anak sulungnya, Saidatul Nadiah, 27 tahun, yang akan mendirikan rumah tangga pada Oktober depan.
Leave a Reply