“Jari Saya Akan Dipotong” – Main Game Di Handphone Yang Screen Protector Retak, Isi Jari Lelaki Dijangkiti Kuman

Gara-gara bermain game di handphone yang screen protector retak, ibu jari seorang lelaki nyaris dipotong dan terpaksa dimasukkan ke hospital bagi membuang serpihan kaca dan isi yang dijangkiti.

BACA : “Kalau Tak Leher Terbelah” – Jari Hampir Putus, Tali Diikat Melintang Tengah Jalan

Mangsa, Muhammad Azuan Iqbal Abdullah Sani, berusia 23 memberitahu dia hanya menyedari kejadian itu selepas ibu jari kanannya bengkak selain beberapa kesan berwarna hitam sejak dua minggu lalu.

Menurut Azuan, sebelum ke klinik di Shah Alam, dia mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Puncak Alam dan dimaklumkan oleh doktor di klinik tersebut yang jarinya terkena jangkitan kuman.

“Doktor kemudiannya memberi ubat tahan sakit serta antibiotik. Malah, saya turut dicucuk sebanyak lima kali di jari bagi membuang nanah.

“Namun, jari saya semakin teruk. Sabtu lalu, saya ke sebuah hospital swasta di Shah Alam dan doktor memaklumkan jari saya perlu dibedah.

“Alangkah terkejutnya apabila dimaklumkan kemungkinan jari saya akan dipotong sekiranya lambat mendapatkan rawatan,” – jelas Azuan kepada Harian Metro.

Muhammad Azuan Iqbal mengakui sangat kerap bermain permainan video atas talian di telefon pintarnya sehingga lewat malam.

“Skrin pelindung di telefon pintar saya memang sudah retak sejak empat bulan lalu. Namun, saya tidak tukar dan masih terus menggunakannya.

“Memang salah saya sebab ambil mudah untuk menggantikan skrin itu dan berharap orang ramai segera menggantikan pelindung skrin sekiranya retak supaya tidak menjadi seperti saya,” – Azuan.

Azuan juga bersyukur jarinya semakin sembuh dan hanya perlu ke hospital untuk mencuci luka.

“Kalau Tak Leher Terbelah” – Jari Hampir Putus, Tali Diikat Melintang Tengah Jalan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*