Walaupun sudah 8 tahun berlalu, nampaknya iPhone 3GS yang masih baru dan belum terjual akan dijual dengan harga RM159 sahaja.
BACA : Gagal Menyeludup 94 Buah iPhone Sebab Berjalan Pelik
iPhone 3GS ini juga ditawarkan semula hanya di negara Korea Selatan sebagai peranti kegunaan kanak-kanak sekolah. Oh, kanak-kanak sahaja?
Sebenarnya iPhone 3GS ini adalah stok yang tersimpan lama di gudang Syarikat telekomunikasi SK Telink sebagai telefon pra-bayar pada harga hanya 40,000 Won ( RM 159).
Oleh kerana tidak mempunyai sokongan aplikasi seperti Whatsapp, ianya sangat sesuai untuk kanak-kanak sekolah kerana tiada gangguan untuk menggunakan aplikasi terkini.
Walaupun harga yang murah, tetapi tiada warranty untuk membaik pulih dari syarikat Apple dan iOS tidak dapat dikemaskini.
Leave a Reply