Memang bertuah bagi seorang nelayan yang dikenali sebagai Madin berusia 40 tahun apabila berjaya menangkap seekor ikan kerapu ‘gergasi’ yang berat 200kg selepas dua jam berhempas pulas untuk mendapatkan ikan kerapu tersebut.
Ikan tersebut tersangkut pada pukat Madin di kawasan kira-kira 50 kilometer dari luar pantai Bintulu, Sarawak dan akhirnya dibeli oleh salah seorang peniaga ikan di pasar basa Bintulu dengan harga RM19,000 atau RM95 bagi sekilogram.
(Gambar ikan kerapu ‘gergasi’ di pasar basah Bintulu, Sarawak)
Menurut Madin, ikan kerapu ‘gergasi’ tersebut adalah ikaan yang paling besar yang beliau tangkap sepanjang pengalaman menjadi nelayan dan mungkin ikan tersebut mungkin paling besar ditemui di Sarawak, mungkin dalam Malaysia. Siapa tahu?
Leave a Reply