Ibu Zarina Zainuddin Gaduh Dengan Zarina Anjoulie, Zarina Zainuddin Mohon Maaf

Zarina Zainuddin meminta maaf bagi pihak ibunya kerana bergaduh dan ayat berbaur ugutan tempoh hari kepada Zarina Anjoulie di laman sosial Instagram.

BACA : Zarina Akui Diugut, Buat Laporan Polis

Zarina Zainuddin menjelaskan pergaduhan berpunca apabila ibu Zarina menuduh Zarina Anjoulie ‘mencuri’ rahsia produk kecantikannya dan mengeluarkan produknya sendiri yang sama dengan produk milik ibu Zarina Zainuddin.

“Dulu hubungan ibu saya dengan Zarina Anjoulie sangat rapat. Dia seperti anak angkat ibu saya dan saya juga menganggapnya seperti adik sendiri.

“Ibu saya yang mengeluarkan produk kecantikan itu dulu dan dia juga yang tunjukkan kepada Zarina Anjoulie tempat dia mengambil barang-barang itu. Sekarang Zarina Anjoulie pula menjual produk itu sehingga menimbulkan kemarahan ibu dan kecil hati atas perbuatannya,” Zarina Zainuddin.

Zarina Zainuddin berkata tidak mahu berpihak kepada sesiapa dan tidak mahu menjadi batu api memandangkan Zarina Anjoulie juga merupakan sahabat karibnya.

Zarina Zainuddin akhirnya meminta maaf mewakili ibunya dan berharap supaya Zarina Anjoulie sudi berdamai.

1 Trackback / Pingback

  1. Buka Tudung Ketika Berlakon, Zarina Zainuddin Minta Maaf

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*