Seorang wanita bertindak membunuh bayinya yang berusia 3 bulan selepas terdengar bisikan halus di telinganya yang mengatakan dia belum bersedia untuk menjadi seorang ibu.
BACA : Wanita Bungkus Mayat Anak & Sembunyikan Dalam Almari, Selepas Maut Minum Pencuci Tandas
Wanita berusia 29 tahun yang berasal dari Bandung, Indonesia itu mengaku menikam bahagian badan anaknya itu menggunakan pisau dapur pada Isnin lalu.
“Kamu belum bersedia untuk menguruskan anak, jadi bunuh saja anakmu, anakmu akan masuk ke surga” – bisikan halus yang didakwa oleh suspek.
Memetik Tribunnews, Wakasat Reskrim Polrestabes Bandung, Kompol Suparma, menegaskan supaya pihak berkuasa menyiasat secara terperinci mengenai kes terbabit yang kononnya berpunca daripada ‘bisikan syaitan’ itu.
Leave a Reply