Ibu Kandung Anak Angkat Dato’ Aliff Syukri Selalu Minta Duit, Dituduh Jual Anak?

Mungkin terlampau lama memendam rasa, akhirnya perangai ibu kepada anak angkat jutawan kosmetik, Dato’ Sri Aliff Syukri didedahkan di laman sosial Facebook.

Pendedahan ini bukan dibuat oleh Aliff Syukri sendiri, tetapi dibuat oleh pembantu peribadinya, Melati Haji Abdul Ghani menerusi laman Facebook miliknya dan telah dikongsi oleh Aliff Syukri di laman Facebook miliknya pula.

Perangai ibu kepada anak angkatnya itu dikatakan seringkali meminta duit daripada Dato’ Aliff dan dituduh menjadikan anaknya itu sebagai ‘jambatan’ untuk mengambil kesempatan meminta duit.

Ramai peminat dan netizen mahukan Aliff Syukri menyerahkan semula anak angkatnya semula kepada ibu bapa kandungnya memandangkan perangai mereka yang tidak senonoh.

(Gambar Aliff Syukri bersama anak angkatnya dan gambar kanan, Melati Hj Abdul Ghani)

Anak angkat Aliff Syukri yang terbaru ni ada dua orang, Ameena dan Qayyum. Agak-agak ibu kandung siapa yang selalu meminta duit? Jeng jeng jeng…

(Gambar anak angkat Dato’ Aliff Syukri, Ameena dan Qayyum)

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*