Gara-gara mencuri 40 helai kain batik bernilai RM796 milik Pasaraya Mydin Gong Badak, Kuala Nerus, pada 5.30 petang, 10 Ogos lalu, seorang wanita dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,000 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
BACA : Curi Susu Dari Treler Terbalik, Polis Buka Kertas Siasatan
Selain itu, tertuduh yang merupakan ibu kepada empat anak itu turut berdepan hukuman penjara satu bulan lagi sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan.
Majistret Noor Mazrinie Mahmood membuat keputusan itu selepas tertuduh, Norazlin Jamaludin, 30 tahun, berasal dari Melaka itu mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan.
Memetik Harian Metro, pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan L Rathna, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, sebelum kejadian, juruwang pasar raya berkenaan ternampak seorang wanita berjubah (tertuduh) keluar melalui pintu dalam keadaan mencurigakan memegang sesuatu di dalam tudungnya.
Juruwang itu memanggil tertuduh tetapi tidak diendahkan dan tertuduh segera masuk ke dalam tandas wanita.
Akhirnya tertuduh ditahan ketika keluar dari tandas sebelum pemeriksaan di dalam tandas menjumpai 40 helai kain batik dibalut dengan tudung dan diletakkan di dalam beg kertas yang disembunyikan tertuduh.
Leave a Reply