“Ini Bukan Anak Haram” – Ibu Buang Bayi Sebab Takut Dijual Suami

Biasanya kita dengar kes pembuangan bayi disebabkan bayi tersebut tiada mempunyai ayah atau dengan kata lain anak luar nikah.

BACA : Johor Paling Tinggi Kes Buang Bayi, 13 Kes Mengatasi Semua Negeri

Berbeza dengan kes yang berlaku di negara Indonesia apabila seorang penduduk Ranuyoso, Jawa Timur telah menemui seorang bayi perempuan di luar rumahnya pada malam Khamis lalu.

Lelaki yang dikenali dengan nama Sakor menemui bayi perempuan tersebut di dalam kotak di depan pintu rumahnya sebelum menyerahkan bayi tersebut kepada pihak polis.

Menurut Sakor, pada mulanya dia takut ada benda merbahaya di dalam kotak tersebut, tetapi apabial diperiksa dia menemui seorang bayi yang baru lahir.

Sakor kemudiannya membuat laporan polis sebelum bayi tersebut di bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut, memetik portal Sosok.

Pihak perubatan memeriksa bayi seberat 2.7 kg itu dan didakwa dilahirkan sendiri oleh ibunya tanpa bantuan jururawat mahu pun bidan.

Apa yang mengejutkan, pihak berkuasa menjumpai sepucuk surat menyayat hati yang diletakkan di dalam kotak bersama bayi malang ini.

“Anak saya mau dijual sama suami saya, aku takut kalau dijual dia dibunuh. Kalau ada orang tanya, mbak dikasik sodara mbak, sampai kapan pun anak ini akan jadi anak kalian.

Aku iklas, ini bukan anak haram lo. Aku terpaksa karna takut anak saya dijual.” – tulis ibu kandung bayi tersebut dalam nota.

Berdasarkan kandungan surat tersebut, polis mengesyaki bayi tersebut dibuang oleh ibu kandungnya sendiri dan pihak polis Lumajang masih mencari motif di sebalik pembuangan bayi ini walaupun ia telah dinyatakan di dalam surat tersebut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*