Hina Polis Sebagai Anjing, Tukang Masak Ditahan Polis

“Anjing dekat2 nak raya.. ade mari cari pitih, anjing” – Itulah ayat menghina anggota polis trafik yang mengadakan sekatan jalan raya (roadblock) di Jalan Air Jernih, Kuala Terengganu pada 2 Jun yang lepas.

BACA : Bengang Kena Saman, Lelaki Kutuk Polis Trafik Sebagai ‘Babi Sial’

Namun, benar pepatah netizen mengatakan, ‘terlajak komen ke lokap jawabnya…’ dan inilah yang terjadi kepada suspek yang dikenali sebagai Amirul Syafiq atau nama sebenarnya Ahmad Amirul Syafiq Bin Ahmad Tajudin yang telah ditangkap polis awal pagi tadi di rumahnya, Jalan Masjid Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu.

Sebuah telefon bimbit jenama Asus bersama simkad Digi turut dirampas dipercayai digunakan oleh Amirul untuk memuat naik gambar serta caption yang mengaibkan anggota polis itu.

Punca menghina polis trafik sebagai anjing

Apabila pihak polis menyiasat si Amirul ni, punca dia menghina anggota polis tersebut kerana dia telah disaman oleh polis trafik yang bertugas pada masa yang sama atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar.

Oh, sebab itulah dia bengang dan memuatnaik status serta gambar di laman Facebook yang menghina polis sebagai anjing dan kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 500 kk (fitnah).

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Tulis Perkataan Puk*mak Di Kertas Saman, Mekanik Didenda RM10 Ribu dan Penjara 5 Tahun
  2. Hina Polis Di Facebook, Wanita Ditahan Polis & Direman - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*